Solo Travel ke Seoul - Part 2
Haha malam pertama tidur dekat hostel kaki nak cramp weh.. Cuak jugak sis, tak de siapa nak suruh setel kaki kalo cramp teruk ni. 😂
Tapi Alhamdulillah tak kejang teruk, lena tidoq sebab dalam flight tak boleh tidoq..
Jadi, pagi yang sejuk hari kedua ni. Sis saja nak lepak2 bangun lewat sikit. Konon nak pegi Nami Island tapi sebab penat rasa macam malas pulak. Nak2 pulak hari hujann lagi lerrr... 🙄
Aku pun ambil keputusan untuk keluar dalam pukul 11 pagi dengan niat nak cari makan kat Kampungku. Search pakai google map dia bantai pi suruh naik bas lah pulakk..
Padahal aku dah kat Myeondong stesen exit 3. Tapi sebab tak jumpa information kat mana, perut pun dah lapar. Aku pun pergi cari restoran BusanJib sebab teringat Afiq (member sekolah rendah dulu ada suggest).
Nak makan kat situ, dri myeondong stesen exit 6. Kuar tangga ikut kiri terus sampai nampak kedai Apple. Stop situ, belok kanan terus nampak kedai ni.
Boleh tahan lebat jugak hujan, aku pun beli payung kat sorang pakcik ni sebelum ke kedai makan.
'Ahjussi, ego olmaeyo?' Aku pandai tanya je, tapi aku tak berapa paham apa pakcik tu jawab. 😆
Aku tunjuk isyarat jari 3? Haa dia cakap 3000won.
Aku tunjuk isyarat jari 3? Haa dia cakap 3000won.
Okay setel beli payung pegi cari kedai makan. Sampai2 nasib tak ramai orang.. Perut pun dah lapar sejuk2 ni.
So, aku makan bibimbap je hari ni. Bolehlah buat isi perut. 🤭
So, aku makan bibimbap je hari ni. Bolehlah buat isi perut. 🤭
Dah siap makan, aku pun gerak ke Ewha Women Universiti atau di panggil Edae. So, arah perjalanan subway seperti di bawah.
Aku nak pergi shopping street dulu, cuci2 mata. Terjumpa orang yang provide information kat pelancong tanya dia arah mana nak pergi.
Jadi, daripada Ewha station tu exit 3 terus je sampai nampak lorong. Ikut lorong arah kanan. Memang berlambak baju2 dan kasut2 dorang jual. Mur2 lak tu. Tapi sis pegi bagpack jer, tak boleh shopping lebih2.. 😅
Jadilah mencuci mata, lagipun bila fikir convert duit Malaysia mm lagilahh tak jadi nak beli.
Dah setel pusing2 tengok kedai2, tibalah masa pegi menjelajah hot spot kat Ewha Women Univ ni.
Nak ambil gambar lebih2 hujan pastu ramai orang lagi, aku pun ambil la sikit2 jadilah untuk kenangan. 🤭
Balik tu, aku pergi ke Starfield library pulakk. Nasib baik satu train je pergi situ tak ada nak transfer2.
Nak pergi Starfield ni turun kat stesen Samseong.
Bila dah sampai, hari masih hujan. 😭
Tak apalah, aku pun terus menuju ke tempat buku2 tu untuk bergambar. Nasib baik ada sis Malaysian kat situ tengah lepak2. Aku pun mintak tolong dia ambilkan gambar.
Terima kasih ya sis.. Jasamu ku kenang 😁
Tak apalah, aku pun terus menuju ke tempat buku2 tu untuk bergambar. Nasib baik ada sis Malaysian kat situ tengah lepak2. Aku pun mintak tolong dia ambilkan gambar.
Terima kasih ya sis.. Jasamu ku kenang 😁
Dah puas jalan2 kat Starfield tu, hari masih hujan.. Konon nak pergi lepak Yeouido Park tapi hurmm.. Tak ada rezeki. Aku ambil keputusan untuk balik hostel rest kejap.
Malam masih lagi hujan dan perut pun lapar.
Aku pergi Myeondong kedai Kampungku pulak. Haha. Dah jumpa hasil carian kat FB page Kampungku sendiri. Rupanya dari exit 3, belok kiri ada nampak 7E. Lepas tu, nampak Hotel dan jalan bercabang dua. Ikut laluan sebelah kiri then, terus je boleh nampak kedai Kampungku.
Tekak malam tu tak rasa nak makan nasi2, aku pun order ramyeon dengan hot chocolate. Hujan2 ni makan ramyeon sedap. Haha. Macam makan megi kari tuu..
Nak jalan2 street food pun hujan jugak. Malas nak sesak2 dengan ramai orang lagi, payung2 berhimpit2 lagi. Terus aku balik.
Dekat subway ni masa turun tangga, dari jauh nampak macam ada seseorang yang aku baru add friend request dekat fb dalam group Road to Korea.
Aku pun sapa dia. Haha. Borak2 macam kenal lama je. Seronoklah dapat jumpa kawan fb depan2. 😁
Namanya Nazim, tapi aku panggil Nazmi pulak. Maapkan saya ya.
Baik dan ramah orangnya. 😊
Baik dan ramah orangnya. 😊
Alkisah bila dah sampai hostel rasa panas pulak tak boleh nak tidur, aku tidur pasang kipas baru boleh nyenyak. 😂
Okey la, ni saja untuk part 2.. Terima kasih sudi membaca.
To be continued...













Comments
Post a Comment